- Keris Mas (Saudgar Besar Dari Kuala Lumpur)
Search This Blog
Wednesday, 31 July 2013
On engagements and weddings
Orang-orang ini tidak tahu apa ertinya pertunangan ini. Mereka lebih tidak mengerti apa ertinya perkahwinan nanti. Mereka hanya menikmati hiburan yang praktikal, hiburan yang mereka sendiri menjalankan peranannya. Mereka saling menghibur antara satu sama lain. Kalau ada yang tidak puas hati kerana peranannya terasa tidak terkesan, dia akan mencari salah orang lain kerana sangkanya orang lain itulah yang menyebabkan peranannya tidak terkesan. Kesudahan semua upacara dan istiadat seperti ini sering menimbulkan kecil-kecil hati. Mereka ini semuanya dramatis amatur; pengarah, pelakon,pekerja pentas, pengurus dekor, jurusolek dan lain-lain termasuk pak pacak yang ingin menghiburkan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment