Adakah matlamat golongan mahasiswa zaman ini sejajar dengan peranan yang diamanahkan oleh masyarakat umum kepada barisan pelapis kepimpinan negara ini? Sedarkah mahasiswa bahawa mereka juga sebahagian dari masyarakat sivil dan bukan hanya terperangkap dalam kerangka kampus? :
*
Link di atas menjadi syoran saya kepada kawan kawan yang masih belajar.
Mahasiswa mahasiswi hari ini memang satu kelompok yang menyakitkan hati. Mereka langsung, atau hanya sedikit, tidak mengambil peduli apa yang berlaku dalam Negara Malaysia ini. Yang dipentingkan hanya ijazah diri, bakal prospek kerja yang menanti apabila tamat pengajian nanti. Jarang bertemu seorang susuk muda yang mempunyai buah fikiran tentang arahan dan masa depan negara. Malah, disuruhkan menamakan PM kita pun diberi nama bekas PM. Hal ini melambangkan kesempitan dan kepancingan fikiran generasi muda yang sepatutnya mempunyai fikiran bernas dan bersedia mengambil alih pucuk pimpinan negara nanti!
Kemajuan dalam teknologi Internet tidak diambil kesempatan apabila generasi muda malas nak melayari laman news portal yang disediakan percuma. Biarpun jaraknya satu klik jejari, namun amatlah kurang jarak tersebut diseberangi.
Ditanya mengapa ini boleh terjadi, pelbagai-bagai alasan diberikan. Antara yang popular ialah kurangnya minat. Alasan ini memberi gambaran betapa seriusnya masalah ini berakar dalam fikiran mahasiswa mahasiswi kita. Apakah mereka sudah bersedia hijrah ke luar negara selepas tamat pengajian?
Hal ini lebih serius dalam masyarakat bukan-Melayu, terutamanya kaum saya sendiri. Bangsa Cina sememangnya terkenal dengan pemikiran materialistik dan realistik. Berita-berita negara dianggap membuang masa dan tenaga. Keadaan ini menjadi agak terlampau sehingga ada mahasiswa dan mahasiswi yang pertama kali dalam hidup mereka *terdengar* nama Parliament dalam universiti.
Para graduan harus sedar bahawa di Malaysia kita ini, pelajar sememangnya tidak didorong mahupun digalak untuk mengambil tahu isu-isu semasa negara. Oleh itu, initiatif harus diambil sendiri untuk mengenali isu-isu tersebut ini supaya diri tidak menjadi katak bawah tempurung.
Saya sokong penuh artikel di atas, dan berharap kesedaran akan menjelang dalam kalangan pelajar-pelajar kita dalam masa yang terdekat.
No comments:
Post a Comment