Inilah lumrah pilihan raya. Ada menang ada kalah. Menang tengok majoritinya, kalah tengok maknanya.
Saya sedih melihat keputusan terpapar di TV. Bukan majoritiy BN yang meningkat, tetapi nampaknya PKR masih keseorangan berlawan menentang BN.
Bukankah PR v BN?
Alamat bahawa PR masih belum bersedia untuk berdaftar. Tanda komponen parti PR yang belum lagi yakin untuk komited terhadap perjuangan DSAI, perjuangan dan harapan Rakyat bumi ini.
Ini yang memilukan. Setelah dua tahun menikmati kejayaan 308, rupa-rupanya, wira-wira kita masih belum bersedia. Pedang masih berada dalam sarungnya.
Semoga-moga, ia dihunuskan untuk berjumpa perjuangan, sebelum berkarat!
Usahlah sedih. Bukankah perjuangan ini sesuatu yang susah dan lama? Di mana jalannya berliku-liku dan dipenuhi onak dan duri? Bukankah rakyat sudah bersuara?
Masa ini merupakan saat genting untuk tunjukkan kepada semua, kemampuan untuk berdiri selepas kekalahan dan kekentalan semangat untuk terus berjuang.
Lawan tetap lawan!
Tunjukkan azam. Angkatkan kepala supaya tinggi, biar sinar kematangan menyilau mata lawan.
Bukankah semua kejayaan bermakna oleh mereka yang berjaya, diperolehi melalui derita dan air mata?
Harapan rakyat masih berkobar.
!
No comments:
Post a Comment