Search This Blog

Wednesday, 29 July 2009

Sandiwara


Blog ini kian terabai.

Maklumlah, hidup ini biarlah disimpan di dalam hati.

Rupa-rupanya blogging tidak banyak bezanya daripada manusia. Sesuatu blog yang dipenuhi dengan posting harian dianggap tidak bernilai. Apa lagi dalam perhubungan manusia, hati dan cinta yang ditawarkan terlalu kerap dianggap komoditi murahan. Keikhlasan menjadi tempat kedua, dan jika ditunjukkan tanpa pertimbangan, menjadi picisan yang tidak berkelas.

Blog ini menjadi teman aduan. Teman yang tidak pernah mengeluh keletihan. Teman yang tidak mengenal prejudis. Teman yang tidak pernah terlalu sibuk sehingga terlupanya kewujudan ku.

Blog ini tidak pernah perli aku. Ia duduk dengan diam, senyap, sehingga habisnya aku bercerita. Ia menjadi saluran fikiran ku kepada semua, tidak kira betapa karutnya idea aku itu.

Blog ini tidak pernah mengkhianati aku. Ia menerima apa sahaja yang ingin aku sampaikan, walaupun tengah malam ini, tanpa soalan dan komen. Ia menyimpan rahsia ku dengan baik.

Blog ini wujud kerana manusia.

Manusia dengan segala kerenah dan aksi pentas mereka. Sandiwara!

Angkuhnya manusia! Sombongnya waris Adam dan Hawa!

Tidak mahu mengaku salah, tidak pernah terfikir untuk insaf. Cara berkomunikasi dah lah teruk, tapi masih degil dan enggan berganjak. Malah digunakan akal mereka untuk mempertahankan kemerosotan etika dan moral. Digunakan akal yang asalnya kurniaan Tuhan untuk menipu dan mengelirukan umat yang lain ke neraka.

Entah. Degilnya manusia!

Wahai manusia yang kecil,
Bangunlah kamu dari mimpi.
Dunia sebenarnya tempat terpencil,
Bakal hangus dijilat api.

Dekatilah diri dengan Tuhan,
Latihlah diri setiap hari beriman.
Hadkan perkataan kurang berfaedah,
Yang buruk biarkan, sudah.


Aku menatapi wajah mu. Entah mengapa, kamu berpaling arah. Apakah kita sudah berakhir? Apakah kita menemui perpisahan? Mengapakah kita sengsara?

Jawapannya...?

Aneh.

No comments: